Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
- Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.
- Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.
- Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
- Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.
| Contoh | |||
| I. | Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu. | ||
| II. | Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton. | ||
| III. | Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik. (x) | ||
| IV. | Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan. | ||
| A | I dan II sahaja | ||
| B | I, II dan IV sahaja | ||
| C | II, III dan IV sahaja (x) | ||
| D | I, II, III dan IV (x) | ||
