Contoh 2 Soalan 15 hingga 17 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Bahasa Melayu Kertas 1 PMR

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

1. I. Tukang besi itu sedang menempa besi yang dibakarnya untuk dijadikan pisau.
II. Menjelang hari raya, saya menempa dua pasang baju kurung dari kedai jahit itu.
III. Datuk Azhar Mansor telah menempa sejarah sebagai  rakyat Malaysia yang pertama mengelilingi dunia dengan menggunakan kapal layar secara solo.
IV. Cara pemanduan yang ditunjukkan oleh sesetengah pemandu di negara ini seolah-olah sengaja menempa maut.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja

2. I. Tapak kasut Leman mulai luntur kerana sudah lama dipakainya.
II. Warna baju adik luntur akibat selalu dijemur di tengah panas.
III. Keazaman Bariah masih tidak luntur walaupun dia terpaksa menghadapi cabaran yang getir.
IV. Kasihnya terhadap kerjaya yang diceburinya masih tidak luntur meskipun bebanan tugasnya bertambah.
A. I dan II sahaja     
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja 

3. I. Suhaimi suka membaca buku sementara adiknya lebih suka bermain komputer.
II. Buatlah kerja sekolah kamu itu sekarang sementara waktu masih ada.
III. Tolong datang ke sini sementara kerana saya ada hal untuk beritahu kamu," kata Azman kepada rakannya.
IV. Sebelum menjawat jawatan sekarang, pemuda itu hanyalah pekerja sementara di syarikat tersebut.
A. I dan II sahaja
B. I, dan III sahaja
C. I, II dan IV sahaja  
D. II, III dan IV sahaja

4. I. Rundingan yang diadakan itu akhimya membawa kedamaian di kalangan negara yang terlibat.
II. Kita berharap agar kedamaian yang kita nikmati hari ini akan berkekalan.
III. Saya bersedia untuk kedamaian kedua-dua orang jiran yang berselisih faham itu.
IV. Dia memperoleh kedamaian jiwa setelah berhijrah ke tempat baru itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. II, III dan IV

5. I. Kerana wangnya kurang kanak-kanak itu tidak dapat membeli permainan yang diminatinya.
II. Akibat kurang periksa, pekerja yang bersalah itu telah diberhentikan kerja.
III. Pendapatan datuk terjejas pada tahun ini kerana durian di dusunnya kurang jadi.
IV. Budak yang kurang akal perlu mendapat kasih sayang daripada keluarganya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

6. I. Persatuan belia di kampung itu telah lumpuh kerana ketandusan pemimpin yang berwibawa.  
II. Ekonomi negara tersebut lumpuh akibat sering dilanda bencana alam.
III. Walaupun lumpuh namun dia mampu bekerja untuk menyara keluarganya.
IV. Pengelihatannya hampir lumpuh akibat diserang demam panas baru-baru ini.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja  
D. I, III dan IV sahaja

7. I. Rambutnya kelihatan kusut kerana baru bangun daripada tidur.
II. Keadaan   benang   yang   kusut   itu menyebabkan kakak sukar unhik mencari puncanya.
III. Setelah diadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapat diselesaikan.
IV. Badannya kelihatan kusut akibat demam sejak seminggu yang lalu.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja 
D. II, III dan IV sahaja

8. I. Salmi mengupas keruping pada luka di kakinya.
II. Wan Khatijah mengupas kuih itu sebelum menyuapkannya ke mulut adik.
III. Mak Andam mengupas wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan.
IV. Forum itu diadakan untuk mengupas permasalahan remaja pada masa kini.
A. I dan III sahaja
B. I dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. II dan IV sahaja

9. I. Beberapa orang pengikut telah mengiringi Datuk Bendahara ke majlis itu.  
II. Pak Samad lebih suka menjadi pengikut daripada dilantik sebagai ketua.
III. Pengikut Persatuan Sejarah di sekolah itu telah bertambah bilangannya. 
IV. Disebabkan dia pengikut, dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

10. I. Lebih dua jam penghuni di kawasan perumahan itu terpaksa bergelap kerana keputusan bekalan elektrik.
II. Dia berdebar-debar menunggu keputusan temu duga yang dihadirinya pada minggu lepas.
III. Jawapan    yang    diberikannya    itu merupakan kata keputusan yang tidak akan diubahnya lagi.
IV. Perlawanan bola sepak yang sengit itu akhimya keputusan seri tanpa jaringan.
A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja



Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top