Contoh 2 Soalan 18 - 21 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Sebahagian  daripada ayat-ayat  berikut   telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.


Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda    hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1 Selain daripada Malaysia, lain-lain negara di Asia turut mengalami kegawatan ekonom
A Selain Malaysia, negara-negara lain 
B Selain Malaysia, lain-lain negara 
C Selain dari Malaysia, negara-negara lain
D Selain daripada Malaysia, lain-lain Negara


Jawapan:


2 Peserta pertandingan akhir Bintang Asli itu sedang memperdengar nyanyiannya yang sungguh merdu.
A sedang mendengar nyanyiannya 
B sedang mendengari nyanyiannya 
C sedang memperdengarkan nyanyiannya 
D sedang memperdengar nyanyiannya


Jawapan:


3 Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian yang menimpa kamu baru-baru ini.
A Saya benar-benar tidak tahu mengenai kejadian
B benar-benar tidak mengetahui akan kejadian
C Saya benar tidak tahu akan kejadian
D Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian


Jawapan:


4 Segala maklumat-maklumat yang diperlukan boleh didapati dari pejabat berkenaan.
A Segala maklumat memerlukan
B Segala maklumat-maklumat yang perlu
C segala maklumat yang diperlukan
D Segala maklumat-maklumat yang diperlukan


Jawapan:


5 Pelajar itu dihadiahkan oleh gurunya buku-buku rujukan kerana berjaya dalam pertandingan menulis esei.
A dihadiahi buku-buku rujukan oleh gurunya
B dihadiahi buku-buku rujukan gurunya 
C dihadiahkan buku-buku rujukan oleh gurunya
D dihadiahkan oleh gurunya buku-buku rujukan


Jawapan:


6 Jasa ibu bapa terhadap kita besar amat dan tidak bernilai dengan wang ringgit.
A amat besar dan tiada nilai dengan wang ringgit
B amat besar dan tiada ternilai dengan wang ringgit
C besar amat dan tidak nilai dengan wang ringgit
D besar amat dan tidak menilai dengan wang ringgit


Jawapan:


7 Baju baru yang emak beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.
A yang emak belikan akan dipakai oleh saya
B yang dibeli oleh emak itu akan dipakai oleh saya
C yang dibeli oleh emak itu akan saya pakai
D yang emak beli itu saya akan pakai 


Jawapan:


8
Kita perlu mengikuti perkembangan negara daripada masa ke semasa   
A dari masa ke semasa
B dari semasa ke semasa
C daripada semasa ke masa
D daripada masa ke semasa


Jawapan:


9 Semua peniaga-peniaga di pasar malam diminta menjaga kebersihan barang jualan mereka.
A Peniaga-peniaga semuanya
B Peniaga-peniaga semua
C Semua peniaga
D Semua peniaga-peniaga


Jawapan:


10 Juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia kerap mengadakan latihan penerbangan di ruang udara Negara kita.
A Juruterbang
B Juru-juru terbang
C Para juru-juru terbang
D Juruterbang-juruterbang


Jawapan:


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top