Monday, September 30, 2013

Contoh 2 Soalan 18 - 21 Bahasa Melayu PMR Kertas 1


Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Sebahagian  daripada ayat-ayat  berikut   telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.


Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda    hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1 Selain daripada Malaysia, lain-lain negara di Asia turut mengalami kegawatan ekonom
A Selain Malaysia, negara-negara lain 
B Selain Malaysia, lain-lain negara 
C Selain dari Malaysia, negara-negara lain
D Selain daripada Malaysia, lain-lain Negara


Jawapan:


2 Peserta pertandingan akhir Bintang Asli itu sedang memperdengar nyanyiannya yang sungguh merdu.
A sedang mendengar nyanyiannya 
B sedang mendengari nyanyiannya 
C sedang memperdengarkan nyanyiannya 
D sedang memperdengar nyanyiannya


Jawapan:


3 Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian yang menimpa kamu baru-baru ini.
A Saya benar-benar tidak tahu mengenai kejadian
B benar-benar tidak mengetahui akan kejadian
C Saya benar tidak tahu akan kejadian
D Saya benar-benar tidak mengetahui tentang kejadian


Jawapan:


4 Segala maklumat-maklumat yang diperlukan boleh didapati dari pejabat berkenaan.
A Segala maklumat memerlukan
B Segala maklumat-maklumat yang perlu
C segala maklumat yang diperlukan
D Segala maklumat-maklumat yang diperlukan


Jawapan:


5 Pelajar itu dihadiahkan oleh gurunya buku-buku rujukan kerana berjaya dalam pertandingan menulis esei.
A dihadiahi buku-buku rujukan oleh gurunya
B dihadiahi buku-buku rujukan gurunya 
C dihadiahkan buku-buku rujukan oleh gurunya
D dihadiahkan oleh gurunya buku-buku rujukan


Jawapan:


6 Jasa ibu bapa terhadap kita besar amat dan tidak bernilai dengan wang ringgit.
A amat besar dan tiada nilai dengan wang ringgit
B amat besar dan tiada ternilai dengan wang ringgit
C besar amat dan tidak nilai dengan wang ringgit
D besar amat dan tidak menilai dengan wang ringgit


Jawapan:


7 Baju baru yang emak beli itu saya akan pakai pada hari raya nanti.
A yang emak belikan akan dipakai oleh saya
B yang dibeli oleh emak itu akan dipakai oleh saya
C yang dibeli oleh emak itu akan saya pakai
D yang emak beli itu saya akan pakai 


Jawapan:


8
Kita perlu mengikuti perkembangan negara daripada masa ke semasa   
A dari masa ke semasa
B dari semasa ke semasa
C daripada semasa ke masa
D daripada masa ke semasa


Jawapan:


9 Semua peniaga-peniaga di pasar malam diminta menjaga kebersihan barang jualan mereka.
A Peniaga-peniaga semuanya
B Peniaga-peniaga semua
C Semua peniaga
D Semua peniaga-peniaga


Jawapan:


10 Juruterbang-juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia kerap mengadakan latihan penerbangan di ruang udara Negara kita.
A Juruterbang
B Juru-juru terbang
C Para juru-juru terbang
D Juruterbang-juruterbang


Jawapan:


Senarai Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

Peribahasa (Perumpamaan dan pepatah) Yang Terdapat Dalam Buku Teks Tingkatan 1 - 3

1. Air beriak tanda tak dalam
Banyak bercakap tanda tiada berilmu.

2. Alang-alang berminyak biar licin
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

5. Bagai air mencari jenisnya
Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.

6. Bagai ayam disambar helang
Mati tanpa sakit.

7. Bagai cendawan tumbuh selepas hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8. Bagai cincin dengan permata
Pasangan pengantin yang sepadan.

9. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan. (Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang.)

10. Bagai layang-layang putus tali
Tiada berpedoman. Sudah putus harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang.

12. Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap.

13. Bagai minyak dengan air
Orang baik kalau duduk dengan orang jahat tidak akan menjadi jahat.

14. Bagai pucuk dilancarkan
Amat cepat

15. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya.

16. Baik membawa resmi padi daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.

17. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

18. Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati atau gembira lebih dulu.

19. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang dialami oleh seseorang, berat lagi penderitaan itu pada orang yang menanggungnya.

20. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

21. Bagai murai dicabut ekor
Orang yang suka bercakap.

22. Biar mati anak jangan mati adat
Adat yang tidak boleh dilanggar

23. Biar putih tulang jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu. 

24. Carik-carik bulu ayam , lama-kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berbaik semula.

25. Diam-diam ubi berisi; diam-diam besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26. Diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan.

27. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya.

28. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.

29. Harimau mati meninggalkan belang; manusia mati meninggalkan nama
Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Setiap manusia akan dikenang kerana jasa dan budi yang telah dilakukan semasa hidupnya.

30. Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.

31. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

32. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan komunis itu ibarat burung,mata terlepas badan terkurung.

33. Jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja..

34. Kalau tak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi - Setiap kejadian meninggalkan kesan..

35. Kalau tiada rotan akar pun berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada.

36. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha.

37. Kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.

38. Perempuan serasan, lelaki pemalu
Pegangan hidup yang tidak serupa.

39. Sebagai gembala diberi keris
Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna.

40. Sekali membuka pura, dua tiga hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.

41. Semacam besar pacak daripada tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42. Seperti air dalam dulang
Negeri yang aman sentosa.

43. Seperti api di dalam sekam
Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam atau tanpa disedari.

44. Seperti aur dengan tebing
Dua orang yang berkawan rapat dan saling membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur dengan tebing..

45. Seperti aur ditarik songsang
Pekerjaan atau perkara yang sukar diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46. Seperti embun dihujung rumput
Tidak kekal.

47. Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.

48. Seperti hujan jatuh ke pasir
Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

49. Seperti lintah menghisap darah
Meletakkan faedah yang tinggi; menipu dengan cara lemah lembut.

50. Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat.

51. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.

52. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan hingga menyebabkan kehilangan sesuatu yang sudah dimiliki.


Rujukan:

1.   http://bahasamelayuspmteachermrchandra.blogspot.com
2.   http://agy7500.blogspot.com

Antonim - perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna

Antonim ialah kata yang berlawanan maksudnya. Contohnya:

  • lelaki - perempuan
  • bersih - kotor
  • muda - tua.
  • pandai - bodoh

Antonimi ialah perhubungan di antara kata-kata yang menunjukkan unsur keberlawanan makna atau pertentangan makna. Ada 3 jenis antonimi yang wujud:

i) Antonimi Taksiran merujuk kepada pasangan perkataan seperti besar/kecil, sejuk/panas, tinggi/rendah, tua/muda, gemuk/kurus, kaya/miskin, baik/jahat yang boleh ditaksirkan dan boleh digunakan di dalam soalan-soalan seperti berapa besar atau berapa kecil sesuatu atau berapa sejuk atau panas sesuatu itu.

ii) Antonimi Penggenap merujuk kepada pasangan kata seperti lelaki/perempuan; mati / hidup, kalah/menang, kahwin/bujang di mana kegunaan sesuatu kata itu bermakna ketidakwujudan makna kata yang lain. Jadi hidup maknanya tidak mati; perempuan maknanya bukan lelaki dsbnya.

iii) Antonimi Sebalikkan merujuk kepada perhubungan di antara dua kata berlawanan yang menunjukkan unsur sebalikkan di mana semestinya ada dua orang atau dua hala yang terlibat. Contohnya: jual/beli, tarik/tolak, ajar/belajar, beri/terima. Jadi, kalau ada yang menjual, mesti ada yang membeli; kalau ada pengajar, mesti ada yang belajar.

Contoh perkataan antonim

Aa

abadi - sementara
abai - acuh; peduli
adab beradap - biadap
ajak mengajak - menghalau; mengusir
alah - menang
alir mengalir - bertakung
am - khas; khusus
aman - huruhara; kacaubilau
amanah - curang
angguk - geleng mengangguk - menggeleng
asli - palsu; tiruan
arif - bodoh; jahil, tolol
awas - cuai;lalai
atur teratur - bersepah;berselerak
azab - nikmat

Bb

bahagia - sengsara
kebahagiaan - penderitaan; kesengsaraan
berbahagia - menderita
bahaya berbahaya - selamat
bakal - bekas
bakhil - pemurah
bangga - malu membanggakan - memalukan
bangkang membangkang - menyokong; mencadangkan
Bantu membantu - membiarkan
Baring berbaring - bangkit; bangun
baru - lama; usang
basmi membasmi - memelihara; mempertahankan
bawa membawa - meninggalkan
bazir membazir - berhemat; berjimat membazirkan - menghematkan; menjimatkan
bebas - terbelenggu; terikat; terkawal; terkongkong membebaskan - membelenggu; mengawal; mengongkong; mengikat
beku - cair membekukan - mencairkan
belah berbelah - bercantum membelah - mencantumkan
bengkalai terbengkalai - selesai; siap
berani - gentar; takut
beri memberi - menerima
berkas memberkas - melepaskan
beza berbeza - sama; serupa
biadap - beradap; sopan
bina membina - membinasakan; merobohkan; meruntuhkan
bising - senyap; sepi; sunyi
boros - cermat; hemat; jimat
bujur membujur - melintang
buka membuka - menutup
buncit - kempis

Cc

Cabut mencabut - menanam; mencacakkan
cacat - sempurna
campak mencampakkan - memungut; mengutip
cantum bercantum - berasing; berpisah
cedera - pulih; sembuh
cegah mencegah - menggalakkan
cemar - bersih
cerah - gelap; kabur
cerdik - bodoh; dungu; tolol
cermat - boros; cuai

Ii

ikhlas - curang; pura-pura
imaginasi - kenyataan
ingkar mengingkari - mematuhi; mentaati; menuruti
isi - kulit
istirahat beristirahat - bekerja; bertugas

Jj

jaga - tidur
jahat - baik
jajah menjajah - memerdekakan
terjajah - merdeka
jalan berjalan - berhenti
janda - duda
jasmani - rohani
jaya berjaya - gagal; kandas
jelma menjelma - menghilang
jernih - keruh
jimat - boros
jutawan - fakir

Kk

kabur - jelas; terang
kahwin berkahwin - bercerai
kalah - menang
karam - terapung; timbul
kawan - lawan; musuh
kebal - lut
kejam - adil; berperikemanusiaan
kelu - lancar
kemarau - hujan; tengkujuh
kembali - pergi
kembang - kuncup
kembung - kempis
kencang - perlahan
keras - lembik; lembut
Kerat mengerat - menyambung
keruh - jernih
kesat - licin
ketara - kabur; samarsamar
ketat - longgar
ketua - pengikut
kilau berkilau - malap; suram
kota - desa; kampung
kuala - hulu
kukuh - lemah
kusut - kemas; rapi
kutuk mengutuk - memuji; menyanjung

LI

laba - kerugian
berlaba - berugi
laki-laki - perempuan
lalai - awas; waspada
lanjut - singkat
lapang - sempit
laung melaung - berbisik
lawan - kawan; sahabat
layu - segar
lebar - sempit
lekas - lambat
lekat melekat lekang - tanggal
lena - sedar
terlena - terjaga
lengang - sibuk
lintang melintang - memanjang; membujur
lokek - pemurah
luas - sempit
lulus - gagal
lunak - keras
lurus - bengkok

Mm

mahal - murah
majikan - pekerja
makan - minum
makmur - melarat; meleset
malang - bertuah
malapetaka - tuah
malas - rajin
maju - mundur
manusia - binatang
marak - padam
masam - manis
masin - tawar
megah - aib; malu
merdu - garau; parau; sumbang
mesra - renggang; sombong
mewah - melarat; menderita; miskin
mirip - berbeza; berlainan
moden - kolot; kuno
muncul - hilang; lenyap; lesap
mungkir memungkiri - menepati; menunaikan

Nn

Nafi menafikan - mengakui; mengiakan
Nganga ternganga - tertutup
nipis - tebal
nyata - kabur

Oo

olok olok-olok - sungguh-sungguh

Pp

pahit - manis
pakai memakai - menanggalkan
palsu - asli; benar; tulen
panas - dingin; sejuk
pangkal - hujung
papa - kaya
pasang - surut
patuh - ingkar
payah - mudah; senang
pejam - celik
pendek - panjang
penuh - kosong
perang berperang - berdamai
perlahan - cepat
pilu - gembira; riang
pipih - bulat
pisah berpisah - bertemu
pucat - berseri; garang
pulih - sakit; tenat
puncak - dasar
pupus - utuh
pusat - cawangan
putus terputus - bercantum; bersambung

Rr

racun - madu; penawar
rapat - jarang; renggang
rapi - berselerak; bersepah
reda - kencang;lebat
rela - enggan
rendam - merendam menjemur
rindu - benci

SS

sah - batal
sakit - sembuh
saksama - zalim
sama - berbeza; berlainan
sangkal menyangkal - mengakui; mengiakan; mengikut; menurut
sangsi - yakin
sayang - benci
sedar - lalai; pengsan
sedih - gembira
sedut menyedut - menghembus
segar - layu
selesai - terbengkalai; terhenti
senyap - bising; riuh sepi bising; riuh
setia - derhaka
simpan menyimpan - membuang
sokong menyokong - membangkang; membantah
sombong - ramah
sopan - biadap
sukacita - dukacita
surai bersurai - berhimpun
surut - pasang
susun bersusun - berselerak; bersepah
syak - percaya; yakin
syurga - neraka

Tt

taat - derhaka
mentaati - menderhaka
tajam - tumpul
takut - berani
tampan - hodoh
tangkap menangkap - melepaskan
tanya bertanya - menjawab
tarik menarik - menyorong
tawan menawan - membebaskan
tegak - condong
tegang - kendur
tegah menegah - membenarkan; menyuruh
tekun - malas; sambil lewa
telan menelan - meluahkan
tenggelam - timbul
tenteram - bimbang; kacau; risau
tewas - menang
timbus menimbus - menggali; mengorek
tulen - palsu; tiruan
tunggal - banyak; jamak
tutup menutup - membuka

Thursday, September 19, 2013

Perkataan Sinonim



Sinonim merupakan dua perkataan atau lebih yang mendukung makna yang sama atau hampir sama antara satu sama lain, Sinonim juga disebut sebagai perkataan seerti.


1. Abad - Kurun
masa seratus tahun: ~ kedua puluh waktu antara tahun 901 hingga tahun 2000. berabad-abad beberapa abad (lamanya); beratus-ratus tahun: Permusuhan antara kedua-dua kaum itu telah bermula sejak ~ yg lalu. Jangka masa seratus tahun. Satu abad bererti seratus tahun. Kalau setengah abad bermaksud lima puluh tahun.


2. Abadi - kekal
tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya.


3. Abdi - hamba
Orang yang dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa segala yang diperintahkan oleh tuannya.


4. Acum - hasut
Perbuatan yang boleh membawa kepada permusuhan


5. Ada - mempunyai
Sesuatu yang dimiliki oleh seseorang atau benda


6. Adab - sopan
Kelakuan dan pertuturan yang halus dan berbudi bahasa.


7. Adat - resam
Peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun


8. Adil - saksama
sifat yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dan bertindak berdasarkan pertimbangan yang wajar.


9. Adu - lawan
Perbuatan merebut kemenangan atau menentukan sesuatu.


10. agar - supaya
Kata hubung perancangan atau menyatakan tujuan


11. Agung - terkemuka
Berkaitan dengan seseorang yang dihormati dan disegani.


12. Ahli - Pakar - Pandai - tukang- jauhari 
Orang yang mahir atau mempunyai kepakaran atau pengetahuan mendalam dalam sesuatu bidang


13. Ajal - mati
Had atau batas hidup yang telah ditentukan Allah S.A.W.


14.Aib - malu
1 hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan dsb: memberi ~ memalukan. 2 kesalahan; cacat: Jika ada ~ dan bebalnya, maafkanlah saja. mengaibkan menjatuhkan maruah seseorang; mendatangkan aib kpd; memalukan. keaiban sesuatu yg mengaibkan (memalukan); cela; noda.


15. Ajaib - ganjil - pelik
1. sangat menghairankan, aneh, ganjil, pelik (luar biasa atau jarang terdapat dsb): suatu kejadian yg sungguh ~; barang-barang ~; 2. sl sesuatu yg menghairankan, sesuatu yg aneh (luar biasa); ~-khanah muzium; mengajaibkan 1. menimbulkan rasa hairan, menghairankan, menakjubkan: kejadian itu sungguh ~; 2. menganggap (memandang sbg) ajaib: tak guna ~ kuasa Tuhan; keajaiban 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat.


16. Ajak - Pelawa - Jemput
mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang.

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter