Soalan 25 hingga 27 - memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya

Cikgu Bahasa
0

Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.

  • Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
  • Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh
i. Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
ii. Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
iii. Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
iv. Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja       (x)
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja      (x)
  • (Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)
  • Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top