Tuesday, March 3, 2015

Soalan 22 hingga 24 - menentukan maksud ayat

Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.

Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga.
Contoh
  • Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi
tersebut.
Contoh
  • Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.
Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Dengan latihan yang konsisten, pelajar pasti dapat menambah pengalaman dan penguasaan untuk menjawab soalan ini.

No comments:
Write comments

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter