Soalan 18 hingga 21 - menguji pengetahuan sintaksis

Cikgu Bahasa
0

Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.
  • Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.
  • Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
  • Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Contoh soalan.

Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung Ledang di Johor.
A. cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-
B. bercerita tentang pengalaman dia  (x) = dia digantikan dengan -nya.
C. menceritakan pengalamannya (/)
D. menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan -kan tidak menerima kata sendi nama; tentang.


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top