Contoh 1 Soalan 1 hingga 7 Kertas 1 Bahasa Melayu PMR

Cikgu Bahasa
0

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1 Jalan yang ___________ kampung itu berlumpur kerana belum berturap.
A merentangi
B merentasi
C melintasi
D melalui

Jawapan:


2 Sebagai pelajar, kita seharusnya ______ akan arahan guru.
A patuh
B rela
C akur
D setia

Jawapan:

3 Kerajaan telah mengumumkan hari Sabtu minggu pertama bulan Jun sebagai cuti umum sempena Hari ___________ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
A Keputeraan
B Keraian
C Pelantikan
D Pemasyhuran

Jawapan:


4 Akibat ________ disergah, orang tua itu melatah tidak berhenti-henti.
A tersentak
B terpukau
C tergamam
D terperanjat

Jawapan:

5 Keadaan di kawasan itu __________ dengan baik setelah majikan menambah bilangah pekerja.
A berkawal
B terkawal
C mengawal
D kawalan

Jawapan:


6 Asap daripada serombong kilang itu keluar ____ ke udara
A berketul-ketul
B bersimpul-simpul
C bergumpal-gumpal
D berkepul-kepul

Jawapan:

7 Anak menjadi _________ kasih sayang antara suami dengan isteri.
A terikat
B seikat
C pengikat
D mengikat

Jawapan:


8 Semasa perhimpunan itu setiap pekerja dinasihati agar _________ produktiviti masing-masing.
A meningkat
B tingkatkan
C peningkatan
D meningkatkan

Semak Jawapan di sini

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top