Contoh 1 Soalan 28 - 30 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1 Masyarakat di kampung itu hanya dapat bersimpati dengan keperitan hidup Kak Siti selepas kematian suaminya. Dia terpaksa  menyara hidup keluarganya.
Keadaan ini dikatakan.
A seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 
B seperti aur dengan tebing
C berat mata memandang berat lagi bahu memikul
D alah bisa tegal biasa

Jawapan:


2 Pemuda itu  telah menceritakan bahawa kunci utama kejayaannya adalah berkat usaha dan kerja kerasnya yang berterusan sejak dahulu.
Perbuatan ini ibarat
A berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.
B kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
C ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni.
D diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

Jawapan:

3 Kerajaan telah membina sebuah dewan untuk kemudahan orang ramai di taman perumahan itu. Tiga bulan kemudian, pintu dewan itu telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di tempat itu.
Keadaan ini diibaratkan
A mencurahkan air ke daun keladi.
B lempar batu bersembunyi tangan.
C kera mendapat bunga.
D tikus membaiki labu

Jawapan:

4 Rakyat asing sanggup bersusah payah datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Keadaan ini disebabkan terdapat peluang pekerjaan yang banyak di negara ini.
Hal ini diibaratkan
A di mana ada gula di situ ada semut
B di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
C rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
D hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Jawapan:

5 Peribahasa-peribahasa berikut mempunyai makna yang hampir sama, kecuali 
A bsediakan payung sebelum hujan
B ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis. 
C sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. 
D mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Jawapan:


6 Sungguhpun tugas yang dilakukannya begitu mencabar, tetapi berkat keazaman dan ketabahannya, akhirnya dia memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Pernyataan di atas tepat dengan peribahasa
A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
B belakang parang kalau diasah lagikan tajam.
C genggam bara api biar sampai jadi arang.
D sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

Jawapan:

7 Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai yang sudah lama diidam-idamkan. Keadaan ini dikatakan seperti
A kera mendapat bunga
B pungguk rindukan bulan
C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. 
D orang mengantuk disorongkan bantal.

Jawapan:


Wartawan: Kedatangan saya ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang rahsia kejayaan cemerlang saudara dalam peperiksaan baru-baru ini.
Aiman: Baiklah. Sebenarnya sebelum ini saya selalu gagal dalam beberapa ujian tetapi kegagalan itu tidaklah menjadi halangan untuk saya terus mencuba. Yang penting ialah saya menjadikan kegagalan itu sebagai dorongan untuk saya berusaha.

8 Dialog di atas sesuai dengan peribahasa
A sudah terhantuk baru tengadah. 
B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. 
D baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.

9 Ketika abang sedang marah adik berdiam diri sahaja dan tidak berani bersuara kerana adik tahu bahawa ………
A air tenang jangan disangka tiada buaya 
B sarang tebuan jangan dijolok. 
C siapa makan lada dialah terasa pedasnya. 
D takut kerana salah berani kerana benar.

10 Kejayaan negara dalam pelbagaj bidang pada hari ini disebabkan wujudnya semangat kerjasama antara kaum. Keadaan ini tidak mungkin dinikmati sekiranya rakyat Malaysia bersikap
A Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. 
B Seperti pahat dengan penukul.
C Hangat-hangat tahi ayam.
D Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.


Semak Jawapan di sini

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top