Contoh 1 Soalan 25 - 27 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai.


1. I. Budak itu berasa malu kerana tidak dapat menjawab soalan itu dengan tepat.
II. Kemarahan yang amat sangat dia terus pulang ke rumah. 
III. Kesibukan bekerja tidak menghalang  dia menyertai kegiatan sukarela. 
IV.
Kita perlu berpakaian kemas ketika  menghadiri majlis-majlis rasmi.
A. I dan II sahaja
B. II sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

2. I.
Mereka berharap agar sekolah mereka  akan menang dalam semua perlawanan itu
II.
Dengan kawannya, dia merantau ke utara Semenanjung selama seminggu
III. Ini barang harga  berpatutan dan dijamin mutunya
IV.
Kami membincangkan  tentang permasalahan itu sehingga   larut malam.
A. I dan II sahaja     
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV 

3. I. Jalan itu sudah boleh dilalui kenderaan berat setelah dibaiki. 
II.
Penceramah   itu   berjaya   menarik perhatian penonton. 
III. Kejayaan pemain tempatan   telah mendorong dia bergiat dalam sukan hoki. 
IV. Ibu bapanya rajin berniaga tetapi anak amat, tidak minat sama sekali
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja  
D. I, II, III dan IV

4. I. Ketiga pemuda itu berjalan seiring menuju masjid. 
II.
Hujan turun mereka masih di padang. 
III.
“Usahlah dikenang perkara yang telah lepas," nasihat ayah kepada abang.
IV.
Pemain itu belum sangat pandai walaupun telah lama berlatih.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II, dan III sahaja

5. I. Orang tua berdoa agar keluarga senttasa sihat. 
II. Buku-buku di rak itu sudah habis dibaca oleh saya. 
III. Tingkap-tingkap dibuka luas agar udara mudah beredar. 
IV.
Kain yang dijemur kakak masih belum kering lagi.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV 

6. I. Walaupun pendapatannya kecil, dia masih mampu menyekolahkan anak-anaknya.    
II.
Walaupun mereka tinggal berjauhan namun hubungan mereka masih mesra.
III.
Cita janganlah merriblncangkan perkara yang remeh-temeh dalam mesyuarat.
IV.
Basikal itu sandar-menyandar di tempat letak basikal.
A. I dan IV sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja  
D. I, II, III dan IV

7. I. Dia terima keputusan itu dengan hati yang terbuka     
II.
Kawasan itu akan dilawati oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya
III.
Siapakah nama pelajar yang baru datang itu
IV. Kerja itu dapat disiapkan kerjasama semua pihak
A. II sahaja
B. I dan II sahaja
C. II dan III sahaja 
D. III dan IV sahaja

8. I. Berita yang mengatakan bahawa kerajaan akan laksanakan program pembasmian kemiskinan seluruh negara
II. Mereka menyeludup barang-barang antik itu dari negara jiran melalui jalan laut.
III. Mereka berbual tentang penemuan beberapa butir bom lama di kawasan perumahan itu
IV. Banyak nelayan yang tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II, dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

9. I. Suaranya yang lemah gemalai itu mempesonakan penonton yang menyaksikan pertunjukan itu
II. Buku-buku yang bergelimpangan di dalam bilik itu belum disusun lagi.
III. Tumpahan minyak di perairan Selat Melaka telah mencemarkan laut dan menjejaskan hasil tangkapan nelayan 
IV. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar sangat-sangat saya hargai.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

10. I. Budak-budak sekolah itu kehujanan ketika datang ke sekolah menyebabkan dia tidak dapat belajar dengan selesa
II. Drama yang kami persembahkan itu mempesonakan penonton-penonton yang memenuhi dewan sekolah itu
III.
Impiannya untuk menjelajahi ke seluruh pelosok negeri belum tercapai.
IV.
Para petani yang bertungkus-Iumus bekerja di sawah dari pagi hingga petang. 
A. II sahaja
B. I dan II sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, III dan IV sahaja


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top