Contoh 1 Soalan 22-24 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


1 Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya dia sempat menyampaikan wasiat kepada anak sulungnya.
A Sebelum meninggal dunia, anak sulungnya sempat menyampaikan wasiat ayahnya
B Beliau sempat menyampaikan pesanan anak tertuanya sebelum meninggal dunia.
C Anaknya yang tua sempat menerima pesanan ayahnya sebelum meninggal dunia
D Beliau sempat berpesan kepada anak tertuanya sebelum meninggal dunia


Jawapan:


2 Kemajuan negara dalam bidang telekomunikasi telah dikagumi oleh negara-negara maju
A Negara-negara maju mengagumi kemajuan dalam bidang telekomunikasi
B Kemajuan negara-negara maju amat mengagumkan dalam bidang telekomunikasi
C Bidang telekomunikasi negara dihargai oleh Negara-negara maju.
D Negara ini mengagumi kemajuan bidang telekomunikasi negara-negara maju


Jawapan:


3 Kebanyakan pasar raya mengadakan jualan murah setiap kali menjelangnya sesuatu perayaan.
A Pada setiap perayaan. jualan murah, pasar raya akan menurunkan harga barang-barangnya
B Pada setiap kali menjelangnya perayaan pasar raya, jualan murah akan diadakan.
C Setiap sambutan ulang tahun pasar raya, barang-barang dijual dengan harga yang murah.
D Barang-barang di kebanyakan pasar raya dijual dengan harga yang lebih murah menjelang sesuatu perayaan.


Jawapan:


4 Pemilik kenderaan di ibu kota sudah biasa terperangkap dalam kesesakan di jalan raya terutamanya pada waktu hujan lebat.
A Pada waktu hujan lebat,  pemandu kenderaan    bandar      raya akan terperangkap dalam kesesakan
B Pemandu kenderaan di bandar raya sering terperangkap dalam kesesakan di jalan-raya terutamanya semasa hujan lebat.
C Kebanyakan    pemandu    akan    terperangkap dalam kesesakan kenderaan di jalan raya ibu kota terutamanya pada waktu hujan
D Hujan lebat mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang menyusahkan pemandu kenderaan di bandar raya.

Jawapan:


5 Untuk memastikan anak-anak membesar dengan sempurna, mereka perlu diberi makanan seimbang.
A Anak-anak memakan makanan seimbang agar mereka dibesarkan dengan lebih sempuma. 
B Untuk memastikan anak-anak membesar mereka patut memakan makanan yang sempurna.
C Anak yang membesar, perlu diberi makanan sempurna yang seimbang. 
D Makanan seimbang sepatutnya diberi kepada anak-anak untuk membolehkan mereka membesar dengan sempurna.



Jawapan:


6 Sesetengah orang lebih cenderung mencurahkan masalah peribadi kepada kawan karib mereka sahaja.
A Teman karib menjadi tempat luahan perasaan bagi sesetengah orang.
B Teman karib menceritakan masalah mereka kepada sesetengah orang.
C Sesetengah kawan karib suka bercerita masalah mereka kepada seseorang.
D Kawan karib suka meluahkan masalah seseorang kepada rakan mereka

Jawapan:


7 Idea yang dicetuskan oleh ahli-ahli dalam persidangan itu dapat digunakan untuk memajukan masyarakat.
A Ahli-ahli yang mencetuskan idea dalam persidangan itu dapat digunakan unruk membangunkan masyarakat.
B Anggpta-anggota dalam persidangan itu mengemukakan pendapat yang telah digunakan untuk membangun masyarakat.
C Pandangan yang dikemukakan oleh anggota-anggota persidangan itu dapat digunakan untuk membangunkan masyarakat.
D Pandangan yang disampaikanbleh ahli-ahli yang membangunkan masyarakat dapat dikemukakan dalam persidangan.


Jawapan:

8 Pelajar-pelajar yang  cemerlang  dalam pelajaran akan mendapat tajaan biasiswa daripada badan-badan swasta.
A Badan-badan swasta akan memilihkan biasiswa bagi pelajar-pelajar cemerlang.
B Badan-badanswasta akan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelajaran.
C Pelajar-pelajar yang.mendapat tajaan biasiswa telah menunjukkan kecemerlangan dalam pelajaran.
D Pelajar-pelajar cemerlang telah memilih biasiswa yang telah ditawarkan oleh badan-badan swasta.


Jawapan:


9 Penduduk di kawasan itu menghadapi masalah   untuk ke bandar kerana perkhidmatan pengangkutan yang disediakan begitu terhad.
A Masalah timbul kepada penduduk di kawasanitu akibat perkhidmatan pengangkutan yang tidak cukup.
B Perkhidmatan pengangkutan awam yang  disediakan menyukarkan penduduk yang hendak ke bandar.
C Perkhidmatan pengangkutan yang tidak cukup menimbulkan masalah kepada penduduk yang tinggal di bandar.
D Masalah yang dihadapi oleh penduduk  di  kawasan itu ialah kurangnya  pengangkutan awam ke bandar.


Jawapan:

10 Ucapan tahniah datang bertubi-tubi sebaik-baik sahaja berita kemenangannya diisytiharkan.
A Selepas kemenangan berturut-turut itu, dia menerima ucapan tahniah yang bertubi-tubi.
B Dia menerima ucapan tahniah tidak putus-putus atas kemenangannya. 
C Sejurus selepas berita kejayaannya diumumkan dia dihujani ucapan tahniah.
D Sebaik-baik sahaja menerima tahniah, dia diumumkan sebagai pemenang.


Jawapan:


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top