Contoh 1 Soalan 18 - 21 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Sebahagian  daripada ayat-ayat  berikut   telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda    hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

1 Kesulitan yang dialami amatlah dikesali akibat perbaiki jalan raya
A ekoran memperbaik jalan raya 
B sebab memperbaiki jalan raya 
C kerana jalan raya sedang dibaiki 
D akibat perbaiki jalan raya

Jawapan:

2 Walaupun usianya sudah menjangkau 60-an namun dia masih kuat dan cergas.
A masih kuat dan cergas 
B tetapi masih kuat dan cergas 
C malah dia masih kuat dan cergas 
D namun dia masih kuat dan cergas

Jawapan:

3 Para pemandu diingatkan supaya memandu sentiasa berhati-hati semasa hujan
A sentiasa berhati-hati ketika memandu
B berhati-hati ketika sentiasa memandu
C memandu hati-hati sentiasa
D memandu sentiasa hati-hati

Jawapan:

4 Abang menceritakan  tentang pengalamannya berkhemah di dalam hutan kepada keluarga.
A bercerita pengamalannya
B bercerirta tentang pengalamannya
C menceritakan mengenai pengalamannya
D menceritakan tentang pengalamannya

Jawapan:

5 Bungkusan kuih yang dikirim oleh kakak masih belum saya terima.
A belum diterima oleh saya 
B tetapi masih kuat dan cergas 
C malah dia masih kuat dan cergas 
D namun dia masih kuat dan cergas

Jawapan:

6 Borang penyertaan pertandingan itu boleh dapat daripada pihak urus setia penganjur pertandingan berkenaan
A boleh diperoleh daripada
B dapat memperoleh dari
C boleh mendapat dan
D boleh dapat daripada

Jawapan:

7 Memasak merupakan hobi waktu senggangnya sejak kecil lagi..
A hobi waktu kelapangannya
B hobi sewaktu lapang
C hobi sewaktu senggang
D hobi waktu senggangnya

Jawapan:

8 Melancong ke luar negara akan melibatkan banyak belanja.
A melibatkan banyak perbelanjaan
B melibat perbelanjaan yang banyak
C melibatkah perbelanjaan yang banyak
D melibatkan banyak belanja

Jawapan:

9 Kerajaan bercadang untuk memperbanyakkan universiti-universiti di negara ini.
A memperbanyakkan universiti
B memperbanyak universiti
C memperbanyak universiti-universiti
D memperbanyakkan universiti-universiti

Jawapan:

10 Pelajar-pelajar sekolah  sibuk  membeli alat tulis-alat tulis di kedai buku itu.
A membelikan alat tulis-alat tulis
B membelikan alat-alat tulis 
C membeli alat-alat tulis
D membeli alat tulis-alat tulis

Jawapan:

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top