Soalan 8 hingga 14 - mengesan kesalahan umum tatabahasa

Cikgu Bahasa
0

1. Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
(a) Kesalahan dari segi penggunaan kata;
(b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
(c) Kesalahan dari segi struktur ayat;
(d) Kesalahan dari segi penggandaan;
(e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
(f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.

2. Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.

3. Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.
Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk, di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada

4.  Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.

5. Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.

6. Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.
Contoh:

 Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya 
       A  B
 merentasi Selat Inggeris. Tiada kesalahan
          C                D


Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top