Soalan 15 hingga 17 - Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.

Cikgu Bahasa
0

Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
  1. Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.

  2. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.

  3. Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.

  4. Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.
Contoh
I. Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.
II. Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.
III. Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik. (x)
IV. Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan.
A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja     (x)
D I, II, III dan IV    (x)

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top