Contoh 1 Soalan 15 hingga 17 Bahasa Melayu PMR Kertas 1

Cikgu Bahasa
0

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.


1. I. Dia telah menabur berjuta-juta ringgit dalam saham amanah.
II. Pemimpin itu menabur budi kepada masyarakat setempat.
III. Kapal terbang itu telah menabur air di kawasan hutan yang sedang terbakar.
IV. Nenek menabur beras hancur untuk anak-anak ayam peliharaannya.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV

2. I. Banyak membaca dapat meningkatkan penguasaan ilmu seseorang.
II. Kita perlu berjumpa dengan pihak penguasaan kawasan ini sebelum kita mengadakan latihan.
III. Penguasaan ekonomi dunia oleh negara-negara Barat perlu diseimbangkan dengan segera.
IV. Rakyat negara ini perlu penguasaan bidang komputer untuk bersaing dengan rakyat negara maju.
A. I dan II sahaja     
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja 

3. I. Pengetua hendaklah jelas peraturan sekolah kepada pelajar-pelajar baru agar mereka mematuhinya
II. Maklumat dalam borang itu perlu diisi dengan jelas agar permohonan itu tidak ditolak.
III. Sejak kebelakangan ini penglihatannya kurang jelas akibat penyakit kencing manis
IV. Dia menawarkan khidmatnya untuk membantu penduduk desa itu.
A. I dan IV sahaja
B. I, II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja  
D. I, II, III dan IV

4. I. Pusat-pusat pengajian tinggi banyak menawarkan kursus baru yang sesuai dengan keperluan Negara
II. Ali menawarkan harga beras yang hendak dibelinya.
III. Tabib itu telah menawarkan khidmatnya untuk mengubati penyakit budak itu.
IV. Dia menawarkan khidmatnya untuk membantu penduduk desa itu.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

5. I. Dia berjalan pantas ketika matahari telah condong ke barat
II. Hasil karya sasterawan itu telah condong kepada semangat patriotik.
III. Pokok rambutan itu, telah condong hanya menunggu masa untuk tumbang.
IV. Semasa berhimpun pengawas meminta pelajar-pelajar membetulkan barisan yang condong.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

6. I. Tugu Peringatan Negara menjadi lambang berkorban perajurit.  
II. Kerajaan merayu kepada rakyat agar mereka sanggup berkorban bagi mengatasi masalah  negara.
III. Guru  telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk memajukan anak didik mereka.
IV. Orang yang sanggup berkorban prinsip hidupnya selalunya bahagia.
A. I dan III sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja  
D. II, III dan IV sahaja

7. I. Pergerakan belia di Kampung Sentosa  banyak mengadakan aktiviti, sepanjang tahun ini  
II. Wajahnya yang pucat dan pergerakannya yang lemah menampakkan bahawa dia sakit.
III. Pergerakan besar-besaran  telah dilancarkan di seluruh negara untuk membanteras kemasukan pendatahg asing.
IV. Peserta gimnastik itu mempesonakan penonton dengan, membuat pergerakan badan yang menarik.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja 
D. I, II dan IV sahaja

8. I. Disebabkan kesuntukan masa,  penceramah itu terpaksa memendekkan ceramahnya.
II. Hasrat pelajar itu untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tidak tercapai kerana kesuntukan peluang.
III. Kesuntukan pengetahuannya dalam bidang agama, menyebabkan dia kerap mengikuti kuliah agama di masjid.
IV. Orang tua itu menghabiskan  masa sehari kesuntukan untuk menyiapkan lukahnya.
A. I sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja

9. I. Dia menerima jawatan   itu kerana dikatakan penyesuaian dengan dirinya.  
II. Kajian yang mendalam amat diperlukan untuk memastikan penyesuaian tenaga mahir di negara ini dengan teknologi terkini itu.
III. Orang itu memerlukan masa yang lama untuk penyesuaian rumah barunya.
IV. Perkembangan dalam bidang komputer begitu pesat sehingga langkah-langkah penyesuaian dengan kemajuan itu perlu dilakukan.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

10. I. Mengamalkan perubatan moden sangat-sangat diperlukan perkhidmatan mereka oleh masyarakat Malaysia.
II. Kalau kita mengamalkan petua-petua yang diberikan, kita akan bertambah sihat.
III. Untuk mewujudkan hubungan mesra antara jiran, kita hendaklah mengamalkan sikap bertolak ansur.
IV. Kita digalakkan mengamalkan bangun pagi-pagi dan bersenam.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II,   III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

Post a Comment

0Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Post a Comment (0)
To Top